Advertisement

Powered By Blogger

Sunday, September 4, 2011

Bekas hamba seks akan saman lelaki lacurkannya...!!

JETSADOPHORN CHALADONE

SYDNEY - Seorang wanita Thailand yang pernah menjadi hamba seks semasa dia berumur 13 tahun, Jetsadophorn Chaladone berhasrat untuk menyaman seorang lelaki Sydney yang bertanggungjawab melacurkannya di rumah pelacuran miliknya pada 1995, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia diseludup untuk bekerja di sebuah rumah pelacuran dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan lebih 100 lelaki.

Selepas 10 hari, dia ditangkap dalam satu serbuan pihak imigresen dan diusir pulang.

Kini dengan bantuan bekas detektif polis Australia, Chris Payne dan seorang pembikin filem, Luigi Acquisto, wanita tersebut merancang untuk menyaman pengendali rumah pelacuran tersebut.

Majlis hari jadi nenek diserang 4 lelaki...!!!

Rakaman CCTV menunjukkan dua daripada empat suspek yang menyerang rumah Ushanantini di Ipoh semalam.

IPOH – Kemeriahan sebuah majlis sambutan ulang tahun kelahiran seorang nenek gempar apabila tiba-tiba diserang empat lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan pistol, parang dan kayu golf di Taman Desa Rishah, Buntong di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi itu, Gordan Francis, 18, yang merupakan cucu M. Marianee, 58, cedera parah terkena tembakan pada bahu kirinya.

Ibu saudara mangsa, G. Ushanantini, 30, berkata, semasa kejadian, dia sedang menganjurkan permainan sempena sambutan ulang tahun kelahiran ibunya yang melibatkan hampir 16 orang kanak-kanak.

Dia berkata, ketika itu, Gordan yang merupakan seorang pembantu jualan sebuah kedai telefon bimbit sedang duduk di atas sebuah motosikal bersama dua rakannya di luar pagar rumahnya.

“Tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Iswara berwarna putih yang meluncur laju melintasi rumahnya sebelum mengundur dan seorang lelaki keluar lalu melepaskan tembakan ke arah Gordan.

“Anak saudara saya bertindak melarikan diri dengan motosikal tetapi tembakan kedua yang dilepaskan terkena bahu kirinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Rishah di sini semalam.


Allahyarham disambut sebagai wira negara...!!

Sebahagian daripada orang ramai membantu mengusung keranda jenazah Noramfaizul (gambar kecil) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang semalam.

SUBANG - Suasana pilu menyelubungi Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini apabila pesawat Charlie C-130 yang membawa jenazah jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor yang maut akibat terkena tembakan curi di Mogadishu, Somalia pada Jumaat lalu tiba kira-kira pukul 10.05 pagi semalam.

Pesawat yang sama turut membawa pulang seramai 16 pengamal media lain yang turut disertai 14 pasukan khas daripada sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia, doktor (19) dan krew TUDM (26) yang diketuai oleh Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sejurus tiba, jenazah Allahyarham yang diiringi Abdul Azeez disambut anggota keluarga termasuk ayah Allahyarham, Mohd. Nor Mat Yassin, 66, dan ibunya, Naemah Abd. Majid, 63.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut menyambut ketibaan jenazah.



Peluru sesat lalu celah ketiak - Aji

NORAZRINA JAAFAR menyiram pusara Allahyarham suaminya, Noramfaizul sambil mendukung anak mereka, Mohd. Naufal, 3, di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia di Serdang, Selangor semalam.

SUBANG - Jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan menyifatkan dirinya bagaikan mati hidup semula apabila terselamat dalam tragedi tembakan curi yang mengorbankan jurugambar BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor, 39, di Mogadishu, Somalia kelmarin.

Dia berkata, selepas mengorbankan rakannya, peluru sesat tersebut yang dipercayai dilepaskan oleh tentera Kesatuan Afrika (AU) telah melalui celah ketiak dan rusuknya di sebelah kanan.


NAJIB dan Muhyiddin bersolat jenazah Allahyarham Noramfaizul di Masjid Pangkalan Tentera Udara Subang di Selangor semalam.

"Saya sangat bernasib baik kerana peluru tersebut menembusi badan arwah terlebih dahulu sebelum lalu di celah ketiak dan rusuk saya di sebelah kanan, menyebabkan saya tercedera.

"Ada orang beritahu saya, telah terjumpa sebuah peluru yang dipercayai terkena arwah dalam pacuan empat roda dinaiki saya bersama rakan media lain," ceritanya lagi.

Friday, September 2, 2011

Terowong dijadikan tempat berlumba haram...!!

HINDHEAD – Sebuah terowong sejauh 2.09 kilometer di selatan England di sini menjadi tumpuan golongan muda untuk memandu kereta sport mewah pada kelajuan tinggi, lapor sebuah akhbar semalam.

Golongan muda itu memandu kereta Lamborghini, Ferrari dan Aston Martin untuk mencipta rekod mereka sendiri semasa memandu laju di terowong tersebut.

Terowong itu bernilai £370 juta (RM1.7 bilion) dan ia digunakan untuk kereta dan lori yang bergerak di antara London dengan kawasan Pantai Selatan.

Beberapa laporan menyatakan bahawa terdapat beberapa kereta yang dipandu dengan laju dan membelok di sekitar bulatan dekat sebuah sekolah rendah.

Aksi pemandu kereta itu boleh ditonton di laman YouTube.

Terowong itu dibuka pada 29 Julai lalu.
Seorang penduduk, William Broadhurst, 66, yang tinggal beberapa meter dari terowong itu menyatakan perbuatan pemandu yang tidak bertimbang rasa telah menyebabkan penduduk sukar tidur pada waktu malam.

Dia bimbang kematian akan berlaku di terowong tersebut ekoran tindakan para pemandu berkenaan.

Thursday, September 1, 2011

Kembali miskin...

BEDAH...duit simpanan hari tua dicuri anak

SEREMBAN: Benarlah kata pepatah, seorang ibu mampu menjaga 10 anak, namun anak yang ramai belum tentu boleh menjaga ibu seorang. Itulah yang dialami bekas peneroka Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu, dekat sini, Bedah Ahmad (bukan nama sebenar), 80, yang ditinggalkan bersendirian di hujung usianya.

Biarpun dikurniakan lapan anak, 50 cucu dan 28 cicit, ia tidak menjamin kebahagiaan Bedah kerana tiada siapa sanggup menemaninya kecuali menantu sulung yang menjenguknya sekali-sekala.

Bedah yang tinggal bersendirian di rumah tinggalan arwah suami di Kampung LBJ, Labu, di sini, berkata, dia hanya mengharapkan belas ihsan jiran dan penduduk kampung terutama ketika sakit peningnya.

“Walaupun menantu sulung ada mengajak tinggal sekali, nenek tidak sanggup duduk sebumbung dengan anak yang tidak mempedulikan ibunya. Mereka tidak pernah datang menjenguk kecuali jika perlukan duit.


JAH...pampasan tidak beri kebahagiaan

“Ketika baru menerima pampasan RM1.5 juta daripada kerajaan 13 tahun lalu, semua anak pasti pulang setiap hujung minggu dan berkumpul tapi itu semua hanya tinggal kenangan sebaik duit dibahagikan sesama mereka,” katanya ketika dikunjungi Harian Metro di rumahnya.

Dua bersaudara lemas ketika berkelah...!!!

Abdul Razak dan Abdullah Mukmin lemas dipukul ombak di Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong, Balik Pulau semalam.


BALIK PULAU – Kegembiraan tiga buah keluarga berkelah di pantai Pasir Panjang, Pulau Betong di sini sempena meraikan hari ketiga sambutan Aidilfitri bertukar duka apabila dua daripada mereka ditemui mati lemas semalam.

Mangsa, Abdullah Mukmin Ahmad Nasser, 12, dan bapa saudaranya, Abdul Razak Osman, 32, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Balik Pulau (HBP).

Abdul Razak ditemui kira-kira 25 meter dari lokasi dia dihanyutkan ombak manakala Abdullah Mukmin dijumpai tidak jauh dari kedudukan bapa saudaranya.

Sebelum kejadian, Abdullah Mukmin dan Abdul Razak bersama empat yang lain termasuk ayah remaja itu, Ahmad Nasser Osman, 42, bermain air di persisiran pantai walaupun menyedari keadaan laut yang bergelora dan ombak kuat.

Mengimbas kembali kejadian itu, Ahmad Nasser berkata, ketika mereka bermain air tiba-tiba datang ombak besar setinggi satu meter menghanyutkan mereka ke tengah laut.

Gadis ditangkap kerana berbogel di khalayak ramai...!!!

Gambar hiasan...

NEW YORK – Polis dipanggil ke New York Times Square di sini bagi menangkap seorang gadis yang berbogel bagi mempamerkan lukisan pada tubuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Gadis itu yang berusia 21 tahun, Zoe West berdiri dalam keadaan bogel manakala orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat memerhatikannya.

Dia mempamerkan lukisan pada tubuhnya yang dihasilkan oleh seorang artis, Andy Golub.

Golub turut melukis lukisan itu di khalayak ramai.

Pada pukul 5 petang waktu tempatan pada Selasa lalu, beberapa anggota polis menangkap gadis tersebut dengan menggari tangannya sebelum dia dibawa menaiki sebuah van.

Menurut gadis itu, dia tidak melakukan sebarang kesalahan yang menyalahi undang-undang.

Dia didakwa melakukan aksi kelucahan di khalayak awam.

Namun, dakwaan itu digugurkan dan dia kemudian dibebaskan.

Peguam gadis itu, Ron Kuby berkata: “Undang-undang New York menghalang berbogel di khalayak awam kecuali jika ia merupakan sebahagian daripada satu pameran, drama atau pertunjukan.”

Video seks bekas model Playboy bernilai RM86.72 juta

Gambar hiasan...

LOS ANGELES – Satu video seks berdurasi 39 minit yang menampilkan bekas model Playboy yang kini personaliti televisyen, Kim Kardashian dengan penyanyi Ray J mempunyai nilai lebih AS$29 juta (RM86.72 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Nilai itu dibuat oleh pemilik video seks tersebut yang merupakan syarikat penerbitan video lucah, Vivid Entertainment.

Seorang firma undang-undang Tennessee yang mewakili seorang pembida bertanya kepada syarikat penerbitan video lucah tersebut mengenai harga tersebut kerana dia mahu membelinya.

Ketua Vivid Entertainment, Steve Hirsch memberitahu sebuah akhbar bahawa, harga pemulaan video seks itu ialah AS$29 juta.

Pembida itu dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Kardashian.

Baru-baru ini, Kardashian berkahwin dengan Kris Humphries yang merupakan pemain bola keranjang sebuah kelab di Amerika Syarikat.

Gibson bayar bekas kekasih RM 2.24 juta...!!

Gambar hiasan...

LOS ANGELES – Pelakon terkenal, Mel Gibson akan membayar sebanyak AS$750,000 (RM2.24 juta) kepada bekas kekasihnya yang merupakan seorang ahli muzik Rusia, Oksana Grigorieva.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Peter Lichtman kelmarin berhubung perbalahan melibatkan Gibson dengan bekas kekasihnya itu.

Gibson juga diarahkan supaya meneruskan bayaran pembelian sebuah rumah melibatkan jutaan dolar kepada bekas kekasihnya.

Pelakon itu turut diarahkan supaya memberikan bantuan kewangan kepada seorang anak perempuannya hasil hubungan mereka.

Hakim berkenaan menegaskan bahawa Grigorieva tidak dibenarkan untuk mengemukakan kes sivil ke atas aktor tersebut kerana perbalahan mereka sudah diselesaikan menerusi pembiayaan daripada Gibson.

Gibson dan Grigorieva juga tidak dibenarkan untuk bercakap atau menulis mengenai masalah hubungan mereka.

Kereta Ferrari milik Justin Bieber berlanggar...!!!

Gambar hiasan...:P

LOS ANGELES – Sebuah kereta Ferrari yang dipandu penyanyi terkenal, Justin Beiber melanggar sebuah kereta Honda Civic di tempat meletak kenderaan di San Fernando di sini pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Bagaimanapun, kerosakan yang berlaku amat kecil sehingga tidak memerlukan satu laporan polis dibuat.

Kejadian itu berlaku semasa kereta Bieber keluar dari tempat meletak kenderaan.

“Tiada kecederaan dan tada kerosakan pada kedua-dua kenderaan,” kata Jabatan Polis Los Angeles.

Shah Rukh Khan anjur rumah terbuka...!!!

SHAH RUKHKHAN berdiri di balkoni rumahnya semasa para peminatnya berhimpun untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri di Mumbai kelmarin.
















MUMBAI – Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukhkhan menganjurkan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini kelmarin.

Rumah terbuka itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Bollywood seperti Karan Johar, Farhan Akhtar dan Hrithik Roshan.

Antara senarai tetamu di rumah Shah Rukhkhan itu ialah Ashutosh Gowarikar dan isterinya Sunita, Dino Morea, Arjun Rampal, Chunky Pandey, Priyanka Chopra, Raveena Tandon, Anushka Sharma, Preity Zinta serta Sonali Bendre.

Pelakon Sunjay Dutt dan isterinya, Manyata turut hadir.

Wartawan-wartawan akhbar turut menunggu di luar kediaman pelakon terkenal itu untuk membuat liputan.

Polis terpaksa berkawal di luar rumah pelakon terkenal itu selepas sejumlah peminat mengerumuni kereta-kereta bintang Bollywood sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya.

“Anak-anak saya sudah membesar. Kami meraikan setiap perayaan seperti Deepavali dan Krismas,” kata Shah Rukhkhan.

Perompak gerudi kedai pajak..!!

Kedai pajak yang cuba dirompak penyamun yang mengorek dinding kedai gambar di Sungai Way, Petaling Jaya semalam.













PETALING JAYA – Niat enam lelaki cuba merompak sebuah kedai pajak dengan menggerudi dinding premis itu bukan saja tidak tercapai malah kesemua penjahat terlibat ditahan polis dalam kejadian di Sungai Way di sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 3 pagi itu, keenam-enam suspek pada mulanya menceroboh masuk sebuah kedai kasut sebelum menggerudi dinding di premis itu untuk dijadikan laluan ke kedai gambar yang terletak bersebelahan kedai pajak.

Selepas berjaya masuk ke kedai gambar melalui lubang digerudi berukuran 50 sentimeter, suspek-suspek kemudian menggerudi pula dinding di kedai gambar.

Bagaimanapun, nasib kumpulan penjenayah itu malang apabila sistem penggera yang dipasang di kedai pajak itu berbunyi. Semasa itu, lubang digerudi sudah hampir siap.

Anggota polis dari Balai Sungai Way yang terletak hanya kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian bergegas untuk membuat tinjauan sebelum menahan semua penjenayah itu yang panik dan mahu melarikan diri.

Jurucakap polis berkata, semasa ditahan semua suspek yang merupakan lelaki berketurunan Cina dipercayai telah berada di kedua-dua lokasi tersebut selama satu jam.

Suspek-suspek telah merosakkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai gambar dan cuba mencabut CCTV itu namun gagal.

“Anggota polis yang bertugas di Balai Polis Sungai Way yang menerima isyarat bunyi penggera itu telah menghantar pasukan untuk membuat rondaan.

Gadjet2 pelik hasil gabungan 2 benda...!!!


1) iLounge = iPod + bekas tisu
Sambil kita "membuat" urusan seharian dalam tandas, apa salahnya sambil2 tu dengar lagu. iLounge mempunyai sambungan USB untuk kesemua model iPod. Speaker tersembunyi kat tempat penyangkut tisu tersebut.


2) Fossil FX2008
Fossil FX2008 adalah gabungan antara jam tangan + PDA yang bertindak sebagai buku nota, reminder dan pelbagai lagi urusan.


3) Eurocopter = kapal terbang + heli
Eurocopter adalah gabungan antara kapal terbang di mana kbiasaannya helikopter mempunyai kipas di belakang. X3 (seperti gambar di bawah) dapat bergerak lebih laju dari heli dengan kelajuan mencecah 430 km/j semasa ujian. Kemungkinan akan digunakan dalam misi menyelamat dimana masa menjadi aspek penting.



4) Escopetarra
César López mengambil Ak47 yang dulunya digunakan oleh pihak pengganas untuk menghasilkan gitar. Sesuai untuk para Pak Guard sebab boring2 bleh main gitar.



5) McCar: kereta + scooter
McCar pernah ditayangkan pada Shanghai MotorShow. Scooter tersebut diletak pada tempat belakang dan boleh dikeluarkan pada bila2 masa yang diperlukan contohnya korang parking tempat jauh pastu malas nak jalan cuma keluarkan Scooter kat belakang tue, he3.



6) VN-CX1A = mouse + telefon
He3, sambil korang tengah tulis blog tu boleh la layan telefon sama. Tapi macam pelik ja.



7) The Spacesaver = mesin basuh + sink
He3, air yang korang gunakan untuk basuh tangan akan masuk dalam mesin basuh tersebut, tapi pastikan korang bukan basuh benda2 kotor. Ciptaan untuk jimatkan penggunaan air.




8) Hammacher Schlemmer's Toaster: radio + pembakar roti
He3, sambil korang tunggu roti tu nak masak, korag boleh layan stesen2 radio kegemaran korang macam SinarFM, Era, HotFM dan juga yang lain2.



Petani kreatif mencipta kapal selam "Homemade" di China...!!!

Kadang-kadang kita tak memerlukan Ph.D untuk menjadi genius. Ramai ahli fizik dan sejarahwan yang terkenal juga yang tidak menghabiskan zaman persekolahan mereka tetapi mereka memang genius. Seorang petani dari China, Zhang Wuyi telah mencipta Kapal Selam "Homemade" yang boleh masuk 20 meter ke dalam air dengan kelajuan 20km/jam untuk 10 jam. Zhang berharap kapal selam ini boleh dijual dengan harga USD$ 19,000.



8 Drummer terbaik di seluruh dunia...!!!

1) Shannon Leto (30 Seconds to Mars)
"A GOD of drumming. no matter what!"



2) Yoshiki Hayashi
"great skill!"



3) Jimmy "The Rev" Sullivan (Avenged Sevenfold)
"Great Hit Drummer"



4) Neil Peart (Rush)
"The quickest and most percise drummer in the world sorry Lars Ulrich but your good to.Sure Shannon Leto can go fast but he can't make it sound good and deliver the power of Peart."



5) Joey Jordison (Slipknot)
"Have you seen the videos for his solos?"



6) John Bonham (Led Zeppelin)
"You see, and you will be know"



7) Lars Ulrich (Metallica)
"the best! 30 second to mars people go listenn to master of puppets!"

8) Travis Barker (Blink 182, Plus 44)
"Three words; Travis Barker, Youtube, and Souja' Boy Crank That!"

**Sumber...

Sekitar keadaan pelik dalam keretapi di China...!!!

(klik untuk gambar yg lebih jelas)

Ni baru sikit je...kalo korang nk tau lebih lanjut...g China..naik la train kat sana..ahaks! <---ken

Peraturan baru buat pasangan di China fikir dua kali untuk bercerai

BEIJING, KOMPAS.com - Mungkin warga China akan berfikir semula jika hendak bercerai. Biasanya, pasangan yang bercerai membagi hartanya untuk suami dan isteri. Tetapi, baru-baru ini wujud peraturan baru dari pengadilan tinggi China bahawa rumah yang dimiliki suami atau isteri sebelum berkahwin tetap menjadi hak suami sepenuhnya.


Tentu hal ini ditentang kaum perempuan China, yang menganggap peraturan ini menguntungkan lelaki, yang secara tradisional mempunyai rumah. ”Dengan peraturan baru ini, lelaki tidak lagi harus bertanggung jawab dengan apa yang terjadi pada perempuan setelah bercerai,” ujar Xu Weiqin (40), penduduk Beijing.

Lelaki China memang diharapkan membelikan rumah jika mereka hendak menikah. Pernikahan tanpa rumah disebut ”pernikahan telanjang”. Sejumlah orangtua bahkan mulai mencari rumah setelah mengetahui anaknya lelaki.

”Orangtua yang membelikan rumah untuk anaknya biasanya khuatir, jika anaknya bercerai, harta keluarga akan hilang,” ujar juru bicara pengadilan Sun Jungong.

Ternyata, para isteri tidak kalah cerdik, mereka meminta suami menambahkan nama istri di sijil kepemilikan rumah. Perceraian sekarang menjadi hal biasa di China, dengan sekitar 5.000 orang bercerai setiap hari. (Reuters/Joe)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertisement