Advertisement

Powered By Blogger

Wednesday, August 31, 2011

Bahasa tubuh yg menggoda lelaki...

Godaan. Ia bagai suatu permainan 'dikejar dan mengejar'. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.

1. Memusing kepala & menguak rambut

Ini merupakan suatu 'pergerakan yang menggoda' apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm...

2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut

Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi 'godaan bibir'. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.

3. Sedikit sentuhan tubuh

Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

4. Jelingan atas bahu yang terangkat

Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.

5. Usap objek bulat

Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda

Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.

7. Lenggokkan pinggul anda

Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.

8. Dedahkan pergelangan tangan

Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.

9. Kekalkan minat si dia

Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.

10. Halakan lutut ke arah si dia

Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

Rahsia wanita idaman lelaki...!

Gambar hiasan :) oleh: ken

Pada zaman dahulu, ibubapa akan berperanan mencarikan jodoh untuk anak lelakinya. Kini kaedah itu telah dianggap ketinggalan zaman. Pada zaman serba canggih ini, lelaki biasanya mendahului untuk mengenali wanita lantas menyelami isi hatinya hinggakan kadangkala ibubapa pun tidak mengetahui bahawa anak mereka sudah ada kekasih hati. Tapi apakah yang dicari oleh lelaki pada seorang wanita?
Bila ditanya kepada lelaki mengapa dia mahu berkahwin, jawapan yang kita akan perolehi lebihkurang serupa iaitu untuk membina rumahtangga yang bahagia, hidup rukun damai, bersama membina dan memperkasakan ekonomi keluarga dan berketurunan baik serta membimbing anak-anak menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Selalunya itulah yang kita dengar dan baca, dan jaranglah mahu dicatat atau disebut bahawa tujuan asasnya ialah kerana lelaki dan wanita itu mahu membendung nafsu syahwat dan menyalurkannya ke saluran yang halal lagi diredhai.
Walaupun lelaki agak keberatan untuk mengakui bahawa dia meminati seorang wanita (untuk dijadikan isteri) kerana tujuan seksual (daya tarikan seks) harus disedari bahawa nafsu syahwat adalah sebagai salah satu pendorong asas. Ini bukan bermakna lelaki meminati wanita kerana seks semata-mata. Ia keperluan asas semua manusia dan kehendak itu adalah normal dengan syarat ia mengikut peraturan-peraturan yang digariskan oleh agama dan tatasusila.
Hakikatnya serupa walau setinggi mana pun ilmu atau pangkat seorang lelaki, secara asasnya nafsu syahwatnya akan tertarik kepada sesuatu yang membangkitkan berahinya, dan (bagi lelaki yang normal seleranya, dia tahu bahawa) sesuatu itu ada pada wanita. Mata lelaki yang menjadi penyebab hatinya tertawan pada seorang wanita. Kerana itulah wanita disuruh menutup auratnya agar kuranglah sedikit dikacau-ganggu oleh lelaki yang kurang berpedoman atau kurang siuman, hanya banyak siulan.
Berikut saya catatkan apakah ciri-ciri wanita idaman lelaki untuk menambah pengetahuan dan renungan kita bersama:

WANITA IDAMAN MELAYU TRADISI

Saya mencatat mengenai kebiasaan dalam masyarakat Melayu tradisi, iaitu apa yang selalu diperkatakan di kalangan rakan sebaya (peers) dan dalam perbualan-perbualan ringan. Dari segi ini di kalangan masyarakat tradisi Melayu, penggunaan perumpamaan atau bidalan amatlah popular dalam melambangkan wanita idaman:
‘Wajahnya bersinar bak bulan purnama, suaranya merdu bak buluh perindu, kulitnya halus bak sutera, putih kulitnya bak kapas dipusar, matanya galak, pipi licin bak pauh dilayang, rambutnya ikal mayang’. (suara buluh perindu itu mungkin relatif, dulu mungkin seperti suara Momok Latiff, kemudian Saloma, kemudian seperti suara Lata Mangeshkar, kini mungkin seperti suara Siti Norhaliza).
Wanita yang jadi idaman lelaki Melayu zaman dahulu menunjukkan bahawa bangsa Melayu mempunyai fokus terhadap kecantikan wanita apabila melihat pada wanita (kini pun masih relevan bila kita lihat kenyataan-kenyataan seperti: ‘Mak ai, cunnya..’ atau ‘memang tak boleh tahan’ atau ‘memang menonjol’ dan sebagainya. Berbalik pada wanita idaman lelaki zaman dahulu, kita perhatikan seterusnya perumpamaan yang ada:
‘Hidung mancung bak seludang, pinggang ramping bak kerengga, bibirnya bak delima merkah, mulutnya bak seulas limau, giginya putih bak mutiara, tersusun giginya bak sebaris pinang, senyumnya bagai bidadari, betisnya bunting padi, pehanya gebu, lenggangnya bak itik pulang petang’.
Melayu tradisi agak berseni dalam menerangkan ciri-ciri wanita ‘ideal’ ini. Selalunya apa yang zahir itulah yang dipandang terlebih dahulu. Bila dia sudah berminat (kerana cantik, atau manis, atau menawan, atau ‘cute’ atau ‘cun’) barulah dia menyusun strategi untuk menyelami hati budi gadis yang diminati itu dengan lebih dekat.
Atas sebab-sebab inilah (lelaki tertarik kepada kecantikan dan mungkin lupa atau terlepas pandang untuk menyelami hati budi) pada zaman dahulu ibubapa berperanan untuk mencari gadis yang bakal dijodohkan dengan anaknya. Biasanya gadis ini adalah dari kalangan saudara-mara ataupun jiran yang telah lama dikenali dan perkembangan anak gadis itu telah diperhatikan sekian lama. Paling penting, anak gadis itu perlulah hormat pada orang tua, pandai memasak, halus tutur kata, baik budi, ‘jenis yang sembahyang’, ‘manis’ dan ‘pemalu’. Pemalu bukan bermakna tidak tahu bergaul dengan oranglain tetapi bererti pandai menjaga kehormatan diri dan sopan terutama bila berhadapan dengan lelaki yang tidak dikenali.

WANITA IDAMAN CINA TRADISI

Pada zaman dahulu, orang Cina mementingkan perawan untuk dijadikan isteri. Dalam kitab Su Nu Ching (Manual Wanita Suci) yang didakwa ditulis oleh Maharaja Huang Ti (2968 SM) ada mencatat petua memilih perawan:
‘Dia tidak pernah memandang tepat ke muka lelaki. Bila dia senyum, giginya tidak ditunjukkannya. Mukanya tidak nampak berminyak, suaranya nyaring seperti seruling yang baru. Bila duduk dia tidak merenggangkan lututnya’.
Orang Cina zaman dahulu terkenal dengan ilmu membaca bentuk muka manusia, dari bentuk ini diketahui pula bentuk anggotanya, atau kesukaannya, atau kelakuannya. Menurut Yu Fang Mi Chueh (Petanda Rahsia Kamar Jed) iaitu sebuah manual seks ditulis sebelum Dinasti Tang, seseorang lelaki boleh mengetahui ‘rahsia alat kelamin’ wanita melalui bentuk wajahnya.
Dari pengetahuan ini, orang-orang Cina zaman dahulu lebih suka memilih wanita yang kecil mulutnya dan jari-jarinya adalah sederhana pendek. Pipinya pula punya lesung pipit. Mereka juga akan mencari wanita yang rabun dekat. Ciri-ciri ini bila digabungkan kononnya akan memudahkan si suami mengendalikan isterinya dan memberi kepuasan.

Kelab Malam untuk budak2 di Russia...!!!

Kelab untuk budak2 di Chelyabinks, Russia yg dipanggil "Underground Garage" atau bhasa mlayunya "Garaj Bawah Tanah", dimana budak2 berparti semalaman...saya pon xtau haram atau x kelab ni...tgk jela... <--- ken.


















"Hari Tanpa Seluar" di New York...!!!

No Pants Day atau "Hari Tanpa Seluar" adalah satu 'prank' yang dihasilkan oleh satu kumpulan dan kini telah menjadi sambutan tahunan. Hari TAnpa Seluar jatuh pada 1 Mei setiap tahun. "Prank" ini memastikan orang ramai untuk tidak memakai seluar sepanjang hari (tak termasuk underwear dan boxer). Jadi orang ramai yang menyertai dicabar untuk bertindak berani semasa berada di tempat awam tanpa seluar. Selain itu, di new York, mereka membuat satu tambahan bagi sambutan ini iaitu "The No Pants Subway Ride" yang juga jatuh pada bulan Januari kerana ingin mencabar semua peserta pada musim sejuk. Jadi semua penumpang digalakkan untuk masuk ke dalam tren da sekiranya ada orang yang tanpa kenapa mereka tak memakai seluar, mereka hanya boleh jawab mereka terlupa pakai. Kini, sambutan ini bukan saja beelangsung di NY tetapi lebih dari 50 bandar di seluruh dunia. Pada sambutan tahun ke -10 sambutan ini di NY, seramai 3500 peserta dan juga peserta lain di 50 bandar lain di seluruh dunia menyambutnya bersama-sama.
Apa akan jadi kalau KTM/LRT/Monorail melakukan Hari Tanpa Seluar??










ken: siot je kan? HAHAHA..

Ibu tiri "hancurkan" kepala anak tirinya di China(7 gambar)..!!!

ZhongBao pada usia dua tahun telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya. Jadi, ayah kandungnya mencari seorang ibu tiri melalui internet dan mereka kemudiannya berkahwin. Disebabkan ayahnya sibuk bekerja, ZhongBao akan tinggal bersama dengan ibu tirinya yang setiap hari memukulnya. ZhongBao akan menjerit "Wanita gemuk itu memukul saya dan dia selalu menggunakan KUALI untuk memukul saya". Sebelum ini, ZhongBao tinggal bersama datuk dan neneknya tetapi selepas ayahnya kahwin baru, dia dihantar untuk tinggal bersama ayahnya. Tetapi selepas 40 hari bersama keluarga baru ini, ZhongBao hampir kehilangan nyawanya kerana kepalanya dipukul setiap hari. Selepas insiden ini, ayah dan ibu tirnya tak ingin menghantar anaknya untuk sebarang rawatan tetapi datuk dan neneknya kemudiannya menyeru agar dia dihantar ke hospital. Selepas, ZhongBao beransur pulih, ayah dan ibu tirinya kemudianya melarikan diri kerana mereka tak ingin menanggung kesalahan mereka itu. Tetapi selepas ZhongBao sedar diri, dia menyatakan ibu tirinya yang memukulnya. Tetapi polis tak dapat menolongnya atau membuka satu kes fail kerana dia baru berusia 4 Tahun. Budak terlalu muda dan sukar dipercayai. Tetapi selepas dua hari atas baik hati polis di sana, mereka membuka satu kes fail untuk membantu ZhongBAo. Semoga ibu tirinya itu ditangkap kerana melakukan perkara "binatang" sebegini kepada anak tirinya.
ZhongBao kini kehilangan sebanyak 12x10cm pada tengkorak kepalanya. Sel otak pada sebelah kanan hampir mati keseluruhannya. Jadi kini dia mempunyai kesukaran untuk menggunakan sebelah kirinya seperti tangan dan kakinya. Dia hanya mampu bergerak menggunakan tangan dan kaki kanannya. Datuk dan Neneknya tak ingin menerima sebarang sumbangan wang kepadanya kerana mereka menyataka ini masalah keluarga, mereka tak ingin susahkan orang lain.








Kerana masih kencing dalam seluar, Anak ini dilarang minum selama 5 hari dan mati...!!!

gambar hiasan :P

Johnathan James, anak laki-laki berusia 10 tahun dari Dallas, menghembuskan nafas terakhir setelah lima hari tidak minum. Ia dilarang minum oleh ayah dan ibu tirinya sebagai hukuman kerana masih kencing dalam seluar.

Seperti dilaporkan pejabat berita Associated Press, Johnathan meninggal dalam keadaan dehidrasi akut dan suhu tubuh panas tinggi, pada 25 Julai lalu.

Saudara kembarnya, Joseph James, mengatakan bahawa Johnathan dikurung di dalam sebuah bilik tanpa penghawa dingin. Tanpa boleh minum, Johnathan dipaksa terus berdiri di dekat jendela. Pada hari kelima, Johnathan akhirnya pengsan dan kepalanya terhantuk lantai.

Dalam keadaan kritis, Joseph melihat sisa air liur masih menempel di tenggorokan saudara kembarnya. Namun, orangtuanya tetap tak memberi minum. "Mereka masih tidak rela membiarkan Johnathan mendapat air," kata Joseph kepada News Dallas Morning.

Melihat saudara kembarnya menderita, Joseph sangat ingin membantu. Tapi, ia takut menghadapai hukuman serupa dari orangtuanya. "Aku ingin melakukan sesuatu, tapi aku tidak boleh Aku tidak boleh berbuat apa-apa kerana aku akan mendapat masalah," ujarnya.

Sang nenek, Sue Shotwell, sangat berduka atas musibah itu. Ia mengenal cucunya sebagai peribadi yang baik dan penyayang. "Anak ini, jika Anda tahu Jonathan, dia bolehmemaafkan Anda untuk apapun yang Anda lakukan. Anda boleh menghukumnya, dan ia tetap akan mengatakan 'Aku mencintaimu, Mimi'," kata Shotwell.

Dokumen polisi menunjukkan secara detail bagaimana Johnathan berjuang hidup tanpa air hingga akhirnya tak sadarkan diri. Dia sempat dibawa ke rumah sakit, namun terlambat bagi pasukan medik untuk menyelamatkan nyawanya.

Berdasar penyelidikan polis sang ayah, Michael Ray, dan ibu tirinya, Tina Alberson, dituntut bersalah atas tuduhan kekerasan terhadap anak yang mengakibatkan kematian. Pasangan berusia 42 tahun itu menhadapi tuntutan jaksa di pengadilan setempat, Khamis minggu lalu.

Sementara orangtuanya dipenjara, Joseph James, dan kakak tirinya yang berusia 12 tahun terpaksa tinggal bersama kerabat dekat keluarga mereka.


Tuesday, August 30, 2011

Sanggup berhenti kerja...

MODEN...pakaian renang Muslimah diperbuat daripada spandex lycra ini lebih ringan, mudah kering dan tidak berbulu.

SEMUANYA gara-gara dihalau pengawal keselamatan ketika mandi di kolam renang apabila tidak memenuhi kriteria dalam berpakaian. Malah, pengawal keselamatan itu memberitahu pakaian yang dipakainya berbulu dan akan menimbulkan masalah kepada orang lain.

“Oleh kerana saya dan anak-anak gemar berenang, ini membuatkan saya risau setiap kali beriadah. Apatah lagi anak-anak memerlukan perhatian ketika mandi di kolam renang dan di pantai. Untuk memakai pakaian renang sedia ada di pasaran ketika itu memang mustahil kerana tidak memenuhi syariat Islam.

Sibuk...sebagai isteri dan ibu, Nuraini bijak membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.

“Suatu hari saya menerima sepasang baju renang Muslimah hadiah daripada rakan kakak, seorang wanita Indonesia yang mengeluarkan pakaian renang Muslimah.
Pemberian ini amat bermakna dan sangat menggembirakan saya,” kata Pengarah Urusan Aktif Bestari Sdn Bhd, Nuraini Mohd Ariffin, 38, yang juga pengeluar pakaian renang Muslimah pertama di Malaysia.

Oleh kerana tertarik dengan pakaian keluaran wanita Indonesia itu, pada Jun 2006, Nuraini dan suaminya, Mohammad Zaini Zainuddin ke Jakarta, untuk berbincang mengenai usaha membawa pakaian ini ke pasaran Malaysia.

Pada peringkat awal, dia hanya memasarkan sepenuhnya pakaian mandi wanita, ini tetapi lama kelamaan, apabila mendapat perhatian, Nuraini semakin yakin untuk menghasilkan rekaan sendiri.

“Dengan penuh yakin ditambah dorongan suami, saya berhenti kerja di sebuah firma teknologi maklumat untuk memberi tumpuan pada perniagaan ini. Tambahan pula ketika ini di Malaysia memang tiada rekaan baju renang Muslimah dipasarkan dan ini tentunya memberi lebih peluang kepada saya,” katanya.

Menurut Nuraini, langkah pertama dilakukan ialah menjalankan kajian mengenai faktor cuaca serta ukuran tubuh wanita di Malaysia. Akhirnya lahirlah baju renang Muslimah daripada fabrik spandex lycra yang jauh lebih ringan dan tidak memeri. Ini secara tidak langsung menjadikan si pemakai selesa, tidak panas, tidak berbulu dan mudah kering.

“Saya menghasilkan rekaan berbentuk ukuran A dengan empat helai baju iaitu seluar, baju, tudung dan kemeja-T untuk perempuan, lelaki dan kanak-kanak. Apabila mendapat maklum balas saya membuat pengubahsuaian untuk setiap rekaan bagi memberi keselesaan kepada pelanggan,” katanya.

Tambahnya, penggunaan fabrik spandex lycra membolehkan si pemakai terus pulang ke rumah kerana pakaian ini cepat kering, nampak feminin serta menutup aurat. Istimewanya bukan saja sesuai dibawa berenang, tetapi juga boleh digunakan
untuk aktiviti lain seperti bermain golf, yoga atau joging.

Bagi mengekalkan nilai eksklusifnya, Nuraini mengehadkan 20 pasang untuk setiap corak dan warna, selain memastikan rekaannya bertukar setiap antara tiga hingga enam bulan mengikut aliran fesyen semasa.

“Ketika awal-awal dulu saya mengeluarkan lebih banyak corak bermotif bunga-bungaan, tetapi kini lebih kepada polos kerana ada segelintir kolam renang terutama di luar negara, melarang penggunaan pakaian mandi bercorak. Saya sendiri pernah dihalau keluar kolam kerana mereka menyangkakan ia bukan pakaian renang,” jelasnya yang kerap mengikuti pertunjukan fesyen di Festival Fesyen Islam (IFF) antaranya di Singapura, Jakarta dan Dubai.

Koleksi pakaian mandi yang direka juga memenuhi cita rasa untuk semua usia serta ukuran badan. Kini mereka yang menghadapi masalah mendapatkan pakaian mandi berukuran besar boleh mendapatkannya di Aktif Bestari bermula dari saiz S sehingga 5XL.

“Saya faham sesetengah wanita berbadan besar tidak dapat berenang disebabkan gagal mencari padanan sesuai. Sebab itu kami menyediakan pakaian untuk semua ukuran, malah mereka boleh menempah mengikut ukuran badan dengan harga yang berbeza,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di TTDI, Shah Alam, Selangor.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini mengakui walaupun terpaksa menghadapi cabaran lantaran baju renang ditiru serta persaingan daripada segi harga yang lebih murah, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus memenuhi tuntutan fardu kifayah.

“Dalam perniagaan di mana sekali pun ada cabarannya. Tambah pula apabila kita menjadi perintis dalam menghasilkan sesuatu rekaan. Saya yakin sekiranya kita berusaha tanpa jemu disertai keyakinan tinggi, tidak mustahil kejayaan akan diperoleh,” katanya yang setakat ini sudah menghasilkan 50 rekaan dengan pelbagai corak dan warna.

Wanita yang mempunyai empat anak iaitu Muhammad Haziq Fitri, 11, Nur Jazmina Aliah, 10, Nur Wardina Sofia, 7, dan Nur Izzah Zahirah, 3, mengakui walaupun terpaksa menguruskan dua tugas serentak iaitu sebagai pengurus, isteri dan ibu, kepuasan diperoleh tidak ternilai.

“Saya dapat melihat anak-anak membesar di depan mata kerana mempunyai jadual waktu yang tidak terbatas. Lebih penting perniagaan ini dapat memenuhi keperluan wanita Islam untuk berenang di tempat awam dengan selesa dan tenang.

“Ini juga adalah sebahagian daripada usaha saya untuk mendidik masyarakat supaya melihat setiap permasalahan itu ada jalan penyelesaian dan hikmah di sebaliknya,” katanya.

Dia juga menyimpan hasrat ingin memasarkan pakaian renang Muslimah ke pasar raya besar seluruh negara.

“Buat masa ini saya menumpukan perhatian dengan membekalkan baju renang ke sektor kerajaan, swasta dan menumpukan perhatian kepada orang perseorangan,” jelasnya yang mahu menjadikan produk jenama Active Attire dikenali bukan saja di pasaran tempatan, tetapi luar negara.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pakaian renang Muslimah, layari laman sesawang www.activeattire.com.my.

China hapus lagu Gaga & 100 lagu lainnya...!

Lady Gaga

Penyanyi kontroversial Lady Gaga mempunyai fans hampir di seluruh dunia. Namun tetap saja ada pro dan kontra terhadap gaya yang ditampilkan penyanyi 'Born This Way' ini.
Seperti dikutip pejabat berita Associated Press(AP), Kementerian Kebudayaan China memerintahkan situs pengunduh musik menghapus enam lagu Lady Gaga, Katy Perry, Backstreet Boys dan penyanyi pop lainnya dalam waktu dua minggu atau mereka menerima hukuman.

Pemerintah China membuat daftar 100 lagu yang harus dihapus dari situs China kerana lagu-lagu tersebut tidak pernah masuk dalam daftar sensor pemerintah. Lagu-lagu itu antara lain lagu 'Judas' milik Lady Gaga, lagu 'Last Friday Night' milik Katy Perry dan 'I Want It That Way' oleh Backstreet Boys. Belasan lagu artis Taiwan dan Hong Kong serta beberapa lagu barat juga termasuk dalam daftar tersebut.

Kementerian menjelaskan, peraturan yang ditetapkan bermaksud menjaga kelestarian budaya China. Seperti yang diumumkan di situs Kementerian Kebudayaan China pada 19 Ogos 2011, situs pengunduh musik harus menghapus lagu-lagu tersebut sampai batas waktu 15 September 2011. Bagi situs yang melanggarnya akan terkena hukuman. Meski demikian, tidak dijelaskan secara spesifik mengenai hukuman tersebut.


Budak tadika dah pandai buat threesome sex...!!!

threesome menurut wikipedia:

" A threesome is a form of group sex involving three people of any gender combination. "




Apa komen korang da tgk post ni...siot je...~.~ baru budak2 da pandai..gila doe...dunia2

Bangunan tergantung saingi Taj Mahal...!!!

STRUKTUR mirip stesen angkasa lepas ini memiliki 80 unit rumah kediaman.

CALCUTTA, India – Sebuah struktur menyerupai stesen angkasa lepas lengkap dengan taman di atas bumbungnya merupakan antara lebih 12 rekaan unik yang tersenarai dalam pertandingan Festival Arkitek Dunia di bandar raya Barcelona, Sepanyol pada tahun depan.

Sekali pandang, struktur futuristik itu kelihatan tergantung di udara pada ketinggian 100 meter dari tanah.

Diberi nama Atmosphere, ia sebenarnya menyambungkan dua bangunan pencakar langit. Reka bentuk struktur berkenaan yang kelihatan lebih hebat daripada bangunan Taj Mahal dihasilkan beberapa arkitek di sini.

Idea untuk menghasilkan binaan tersebut diinspirasikan daripada kehidupan tradisional masyarakat Hindu.

Atmosphere memiliki 80 unit rumah yang sesuai diduduki oleh pasangan berkeluarga.

Antara penyertaan lain yang turut menarik perhatian sempena pertandingan berprestij itu termasuk bangunan reben coklat dan bangunan kulit kerang.

Katy Perry ketika di MTV 2011 Video Music Awards...!!!





Unik baju dia...sah2 mahal dey...ahaks! <---ken

Peminat amuk bodyguard pegang dada Cecelia Cheung...!!!

Cecelia Cheung kelihatan dipegang pada dadanya dan juga tubuhnya oleh dua orang bodyguardnya apabila dia menyertai dua acara di Wuhan, Hubei. Seorang bodyguard yang memakai baju ungu kelihatan meletakkan tangannya pada dadanya dan seorang lagi kelihatan menyentuh tubuhnya. Ramai peminatnya mengamuk dan mereka menyeru agar tangan bodyguard tersebut dipotong. Apa pendapat anda?






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertisement