Advertisement

Powered By Blogger

Tuesday, August 30, 2011

Bungkusan maggie dijadikan gaun...!!!

INGGRIS - Mahasiswa Leicester College, Inggris, Rebekah Kirkland menjahit ratusan bungkusan maggie menjadi satu gaun panjang sebagai projek tahun terakhir beliau.


Difahamkan, beliau telah mengumpulkan bungkusan maggie itu dengan menaruh kotak di kawasan kampus dan meminta rakan-rakannya memasukkan bekas bungkusan maggie yang tidak digunakan ke dalamnya.

Menurut Kirkland, beliau mengakui projek ini amat membosankan. “Projek ini memang amat membosankan namun setelah melihat hasilnya, apa yang saya lakukan sebenarnya amat setimpal dengan usaha saya,” katanya seperti dikutip dari BBC London, Ahad (28/8/2011).

Gaun panjang yang dihasilkan oleh beliau memerlukan dua bulan untuk disiapkan dengan corak susunan warna pada gaun tersebut merupakan idea dari program "The College’s Sustainable Design Award 2011".

Kirkland menambah, projek tersebut merupakan inovasi baru dalam dunia fesyen yang dapat diaplikasikan oleh para pereka fesyen. “Saya berharap hasil projek ini akan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk memanfaatkan setiap bungkusan makanan yang mereka buang bagi menghasilkan barang baru seperti baju," kataya.

Dalam proses menghasilkan baju tersebut, beliau terlebih dahulu mencuci seemua bungkusan maggie yang telah terkumpul di dalam kotak sehingga bersih. Kemudiannya, bungkusan yang telah dicuci bersih dijahit dengan menggunakan mesin jahit sesuai dengan rekabentuk baju yang telah disediakan. Baju tersebut dijahit setebal tiga lapis supaya tidak mudah terkoyak dan rosak

Roy Morgan-Wood, pihak pengurusan tertinggi kolej, mengatakan bahawa hasil projek sebegini akan memberikan pengaruh positif kepada masyarakat. “Rekabentuk Rebekah ini akan mendorong masyarakat untuk memanfaatkan setiap bungkusan makanan yang mereka buang dengan cara yang berbeza," katanya.

Baju ciptaan Rebekah ini dibuat sesuai dengan ukuran badan rakan beliau yang menjadi model dalam pertunjukan pakaian. Maka, baju tersebut hanya akan boleh digunakan oleh rakan beliau sahaja.

“Saya tidak akan pernah membuang gaun tersebut kerana baju tersebut merupakan hasil kerja keras saya,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertisement