Advertisement

Powered By Blogger

Tuesday, August 30, 2011

Rahsia Usain Bolt...!!!

SETAHUN dari sekarang, Sukan Olimpik 2012 bakal bermula di London dengan semua tumpuan terarah kepada Usain Bolt, pelari pecut Jamaica yang menampilkan lebih daripada kehebatan namanya.

Sejak 2008, Bolt membawa lonjakan baru dalam rekod dunia acara 100m dengan catatan kurang 0.14 saat.

Ia tidak kelihatan suatu perubahan besar, melainkan jika anda membandingkannya dengan pelari lain yang cuba memecah-kan rekod dunia sejak pe-ngenalan catatan elektronik yang me�nyaksikan apa yang dilakukan Bolt, sebenarnya dua kali ganda melebihi mereka.

Secara logiknya ada yang terfikir bahawa Bolt mampu melakukannya dengan

menggerakkan kakinya lebih pantas berbanding pelari lain atau mungkin tidak.

Hakikatnya, kepantasan adalah sesuatu yang sukar difahami.

Ketika Bolt mencatat rekod dunia terkini acara 100m pada kejohanan dunia 2009 dengan catatan 9.58s, dia melakukannya dengan menggerakkan kakinya sama pantas seperti pesaingnya.

Hakikatnya jika anda atau saya bertanding dengan Bolt, kaki kita akan bergerak pada kadar yang sama dengan pelumba itu.

Itulah teori yang cuba dibuktikan oleh pakar akademik dan jurulatih olahraga yang menegaskan bahawa berlari pantas ada kaitannya dengan daya yang dikenakan seseorang ke tanah berbanding bagaimana pantasnya anda menggerakkan kaki.

Lebih sedekad lalu, Peter Weyand, seorang profesor sains di Southern Methodist University, menjalankan kajian mengenai kepantasan.

Membandingkan atlet dan bukan atlet, Weyand mencatat masa kedua-dua kumpulan ujian itu ketika masing-masing berlari sepantas mungkin. Apa yang ditemui, mengejutkannya.

“Jumlah masa untuk meng�angkat kaki dan meletakkannya hampir sama. Ia sesuatu yang mengejutkan bila kali pertama kami me-ngetahuinya,” katanya.

Jadi, jika angkatan kaki adalah sama bagaimana pula seseorang itu boleh berlari lebih pantas daripada yang lain?

Weyand mendapati bahawa kepantasan bergantung kepada dua faktor boleh ubah iaitu daya yang dikenakan ketika kaki mengenai tanah dan berapa lama seseorang itu menggunakan daya itu.

Fikirkan kaki seperti spring. Lebih banyak daya yang digunakan untuk menolak ke tanah, lebih jauh ia boleh menolak badan ke depan, sekali gus memaksimakan hasil setiap langkah individu. Dalam acara pecut, orang biasa menggunakan antara 500 hingga 600 pound daya. Pelari pecut boleh menggunakan lebih daripada 1,000 pound.

Begitupun, daya bukan satu-satunya faktor. Ke�pantasan daya itu turut diambil kira.

Untuk itu, bandingkan lantunan bola pantai dan ‘super ball’. Bola pantai agak lembut dan apabila ia dilantunkan ke lantai ia akan mengambil masa sebelum melantun ke udara. Sebaliknya, super ball lebih keras dan apabila dilantunkan ke lantai ia melantun hampir serta merta dan jauh lebih pantas berbanding bola pantai.

Purata masa kaki seseorang di tanah adalah kira-kira 0.12s manakala masa kaki seorang pelari pecut Olimpik berada di tanah ialah 0.08s, berbeza 60 peratus.

“Jumlah masa kaki seseorang berada di udara adalah 0.12s tidak kira sama ada anda laju atau perlahan,” kata Weyand.

“Seorang pelari pecut elit mempunyai banyak masa di udara dengan jumlah masa kurang di tanah untuk melakukan lonjakan itu atau kembali semula ke udara kerana mereka boleh menolak lebih kuat.

Jadi apa yang membuat-kan Bolt lebih pantas daripada kebanyakan pelari pecut elit dan boleh melepasi 100m lebih pantas dari 9.58s?

Kehebatan Bolt sering dijelaskan dengan kombinasi unik ketinggian, kekuatan dan pecutannya.

Pada ketinggian 6 kaki 5 inci (1.87m), Bolt adalah dua inci (0.05m) lebih tinggi daripada rakan senegaranya, Asafa Powell dan enam inci (0.15m) lebih tinggi daripada pelari Amerika Syarikat, Tyson Gay iaitu dua pesaing terdekatnya.

Ketika kebanyakan pelari membuat 44 langkah untuk menamatkan jarak 100m, Bolt hanya memerlukan 41 langkah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertisement