Advertisement

Powered By Blogger

Tuesday, August 30, 2011

Keadilan media di Malaysia..????

Tidak dinafikan, media arus perdana mmg didominasi oleh satu pihak iaitu pihak pemerintah. Ramai yang mempersoalkan kredibiliti media arus perdana kerana memberikan laporan yang rata-ratanya berat sebelah. Utusan, RTM, Media Prima, semuanya memberikan laporan yg berpihak kpd kerajaan.

Tetapi, persoalan saya disini, adakah perkara ini tidak normal? Media-media tersebut adalah jurucakap mereka, sudah tentu laporan nya mesti berkepentingan kepada mereka. Media2 dari pembangkang juga tidak lari dari "konsep" ini. Suara keadilan, harakah, dan beberapa laman sesawang yang dimiliki oleh pihak pembangkang turut memaparkan berita yang tidak kurang berat sebelahnya. jadi, persoalan saya, adakah media boleh bersikap adil dimalaysia ini?

Adakah harakah boleh dan pernah mengkritik Pas?? Adakah suara keadilan boleh dan pernah mengkritik PKR?? Adakah Utusan dan TV3 boleh dan pernah mengkriti UMNO ?? Tidakkah mereka semua memaparkan berita yg hampir2 sama shj "konsep"nya ?? Persoalan yg jarang kita fikir. harap2 sama2 berbincang secara ilmiah dan tanpa emosi.. jangan hidupkan sebarang sentimen disini....

Ini adalah perbandingan peribadi saya mengenai 3 jenis media utama yg selalu ditonton Melayu:

1. Utusan / TV3

-sedaya upaya menaikkan nama UMNO & BN
-sedaya upaya menjatuhkan Pas, PKR , DAP (Pembangkang)
-banyak laporan yg dimanipulasi untuk kepentingan UMNO & BN
-banyak juga laporan "caci-maki" pihak pembangkang

2. Harakah/ Suara keadilan

-sedaya upaya menaikkan nama PAS (Pembangkang)
-sedaya upaya menjatuhkan UMNO (Kerajaan)
-Laporan bersifat sangat kontra dengan Utusan / TV3
-banyak juga laporan "caci-maki" pihak kerajaan


Jika dilihat, acuan kebanyakkan media ni saling tak tumpah antara satu sama lain... itu belum masuk media cina @ india (tak brani ulas, tak pernah baca) ...begitu juga dengan post-post didalam forum @ blog.... jadi jika adakah keadilan media itu boleh dijalankan @ direalisasikan di Malaysia ini?? Mungkin juga ini faktor perpecahan sesama kita.. mari sama-sama kita bincang dan bandingkan....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertisement