Advertisement

Powered By Blogger

Tuesday, August 30, 2011

Mati berkaran hujung Ramadhan

DI SINI...seorang penduduk menunjukkan tiang elektrik tempat Mohd Tarmizi terkena renjatan, semalam.

MARAN: “Saya sudah beritahu dia supaya jangan kait lagi kerana kelapa yang saya kait untuk buat lemang sudah cukup, tapi dia masih nak kait juga,” kata Kamarulzaman Mohamad, 55, bapa Mohd Tarmizi yang maut terkena renjatan elektrik ketika mengait kelapa di rumah datuknya di Kampung Jara, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Mohd Tarmizi, 22, yang bekerja sebagai pemandu lori dihantar keluarganya ke Klinik Kesihatan Maran berikutan ambulans lambat tiba, namun mangsa meninggal dunia dalam perjalanan.

Kamarulzaman berkata, dia sudah mengait kelapa untuk dua gantang beras pulut yang mahu dibuat lemang, namun Mohd Tarmizi, anak bongsu daripada tiga beradik, mendakwa ia tidak mencukupi dan mahu membuat lemang tiga gantang beras bagi menjamu rakannya.

“Arwah juga mahu kait kelapa lebih muda kerana kelapa yang saya kait sudah tua. Dia menggunakan galah besi dan ketika mengait pada pokok berhampiran tiang elektrik, galahnya jatuh dan terkena kabel elektrik.


“Akibatnya, pengait yang tajam seperti sabit itu terpotong kabel menyebabkan arwah terkena renjatan elektrik. Selepas arwah rebah, dia sempat menjerit menyuruh saya lari,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertisement